SYDNEY, 13 April – Seramai 15 penumpang cedera selepas sistem kecemasan pesawat Qantas mengeluarkan amaran keadaan menegun yang pasti berlaku ketika ia hendak mendarat di Hong Kong, kata pegawai keselamatan Australia hari ini dengan siasatan telah dilancarkan.
Pesawat QF29 dari Melbourne ke Hong Kong berada kira-kira 100km dari destinasinya Jumaat lepas apabila amaran ‘stick shaker’ (alat mekanikal bagi alat kawalan) berlaku.
Amaran itu berpunca dari alat kawalan bergegar dengan bising, memaklumkan juruterbang bahawa pesawat itu hendak tertegun.
“Kru penerbangan memberhentikan alat pandu automatik dan mengendalikan pesawat itu secara manual,” kata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), menambah bahawa berlakunya ‘gegaran kerangka pesawat udara’.
ATSB sedang menemu bual kru pesawat Boeing 747 untuk memastikan punca insiden itu yang dikatakannya mengakibatkan 15 orang mengalami kecederaan ringan, salah seorang daripadanya telah dihantar ke hospital.
Qantas menyifatkan kemalangan kecil itu sebagai ‘gegaran yang tidak dijangkakan’ yang berakhir kira-kira dua minit dan melancarkan siasatannya sendiri selepas memaklumkan ATSB.
“Pesawat itu kemudian mendarat seperti biasa di Hong Kong. Sebagai langkah berjaga-jaga, kapten juga telah meminta sebuah ambulans selepas pendaratannya,” kata pengangkutan kebangsaan Australia dalam satu kenyataan.
“Seorang penumpang telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan perubatan akibat kecederaan dialami namun dibenarkan keluar selepas itu.”
ATSB dijangka akan menyiarkan laporan mengenainya bulan depan. – AFP