Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qantas tempah 40 pesawat Airbus

    SYDNEY, 16 DIS – Syarikat penerbangan Australia Qantas hari ini mengumumkan satu perjanjian untuk membeli 40 pesawat udara Airbus, untuk memperbaharui armada domestiknya.

    Pembelian itu, yang dijangka dimuktamadkan pada akhir tahun kewangan depan, termasuk 20 A321XLR jarak jauh dan 20 buah A220.

    “Butir-butir kewangan perjanjian adalah sulit tetapi melambangkan diskaun daripada senarai harga,” kata Qantas ketika mengumumkan ‘tempahan pesawat udara terbesar dalam sejarah penerbangan Australia’.

    Tempahan memberikan tamparan kepada pembuat kapal terbang AS Boeing, yang kini membekal kebanyakan armada pesawat domestik Qantas dengan model 737-800 dan B717.

    Perjanjian itu juga dicapai ketika Perancis dan Australia terbabit dalam perbalahan diplomatik baru-baru ini dengan pembatalan perjanjian kapal selam bernilai berbilion dolar.

    Qantas telah dibelenggu krisis COVID-19, yang telah melihat sempadan Australia ditutup sepanjang dua tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda