Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Qari, qariah negara kembali ke tanah air

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Qariah negara, Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki, telah berjaya meraih tempat keempat pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62 bagi tahun 2022 di Kuala Lumpur, Malaysia yang berlangsung dari 19 hingga 24 Oktober lalu.

    Sementara itu, peserta qari negara diwakili oleh Awang Mohammad bin Ali.

    Ketibaan peserta qari dan qariah negara yang pulang ke tanah air semalam dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Mohd Sofian bin Haji Basri, selaku wakil Setiausaha Tetap KHEU di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Turut hadir, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU.

    Kepulangan qari dan qariah diiringi oleh pengurus rombongan, Haji Mohd Zainul Ariffin bin Haji Ridwan Lubis, selaku guru pembimbing bahagian lagu dan suara, dan Haji Muhammad Termizi bin Haji Mahmood selaku pembimbing bahagian tajwid dan fashahah.

    Semasa tilawah tersebut, Dayangku Siti Ummi Syazana memperoleh markah 84.83 peratus dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000 berserta hadiah iringan serta sijil.

    Beliau juga merupakan johan qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 2020, dan ini merupakan kali pertama beliau mewakili Negara Brunei Darussalam ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

    Selain itu beliau juga pernah menyandang juara bagi Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Kebangsaan.

    Awang Mohd Sofian bergambar bersama qari dan qariah negara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...