Qatar akan beli bon kerajaan Lubnan AS$500 juta

DOHA, 21 Jan – Kerajaan Qatar yang kaya raya berkata hari ini ia akan membeli bon kerajaan Lubnan yang dibebani hutang sekitar AS$500 juta, sehari selepas emir negara itu melawat Beirut untuk menghadiri sidang kemuncak ekonomi Arab.

“Kerajaan Qatar akan membeli bon kerajaan Lubnan pada harga AS$500 juta,” kata Menteri Luar Negeri, Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Agensi Berita Qatar.

Pembelian itu akan ‘memperkukuhkan ekonomi Lubnan’, dan keputusan itu diambil selepas mesyuarat hari ini antara Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dan Presiden Lubnan, Michel Aoun, katanya.

“Kami mengharapkan kestabilan dan kemakmuran bagi republik Lubnan dan rakyat Lubnan dan ekonomi Lubnan akan berpulih.”

Langkah itu muncul di tengah-tengah bebanan besar ekonomi bagi kerajaan Lubnan. – AFP

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani ketika menyertai sidang kemuncak ekonomi serantau di Beirut, bandar Lubnan, pada 20 Januari. – AFP