DOHA, 1 OKT – Qatar akan menganjurkan Grand Prix Formula Satu pertama kali pada November ini menggantikan Australian GP yang telah dibatalkan, penganjur mengumumkan hari ini.
Perlumbaan ini akan mengambil tempat di litar antarabangsa Losail di kawasan utara Doha pada 21 Nov dan akan menjadi bahagian pertama untuk pengakhiran musim Timur Tengah dan diikuti dengan perlumbaan di Arab Saudi dan musim akhir Abu Dhabi Grand Prix.
Qatar jua telah menandatangani perjanjian 10 tahun untuk menganjur Formula 1 dari 2023. Australian GP merupakan pembukaan musim secara tradisional, telah ditangguhkan ke penghujung musim untuk memastikan ia dapat berjalan dengan lancar meskipun terdapat sekatan COVID-19. Walaupun begitu, ia telah dibatalkan buat kali kedua.
“Kami berasa senang untuk memperkenalkan Qatar ke dalam kalendar Formula 1 pada musim ini dan untuk jangka panjang tahun 2023,” kata Presiden dan CEO F1, Stefano Domenicali.
“Kami telah tunjukkan yang kami dapat terus menyesuaikan diri dan terdapat minat yang tinggi dalam sukan kami serta harapan dari beberapa tempat untuk mengadakan Grand Prix.
“Usaha yang tinggi dari semua pihak, F1 dan FIA telah membolehkan untuk menganjurkan 22 perlumbaan dalam kalendar, sesuatu yang sangat menakjubkan dalam tahun yang mencabar dan kita harus merasa bangga.”
Litar Losail dibuka pada tahun 2004 dan telah menghoskan Moto GP sejak itu. Dalam kenyataannya, F1 akan mengumumkan lokasi perlumbaan tahun 2023 pada hari lain.
Ini merupakan sukan terbaharu buat Qatar yang kaya dengan gas, yang akan menjadi tuan rumah untuk bola sepak Piala Dunia pada tahun 2022. – AFP