Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Qatar bekalkan gas cecair asli ke Jerman

    DOHA, 29 NOV – Qatar telah bersetuju untuk menghantar dua juta tan gas cecair asli setahun ke Jerman untuk sekurang-kurangnya 15 tahun, kata pegawai hari ini, ketika ekonomi terbesar Eropah itu bergegas untuk mencari bekalan alternatif selepas serangan Rusia di Ukraine.

    Dengan perjanjian yang dinanti-nantikan itu, Qatar berhasrat ‘menyumbang kepada usaha untuk menyokong keselamatan tenaga di Jerman dan Eropah,” kata Saad Sherida al-Kaabi, Menteri Tenaga Qatar dan Ketua Pegawai Eksekutif QatarEnergy.

    Rakan QatarEnergy, firma Amerika Syarikat ConocoPhillips, akan membekal gas dari Padang Timur Utara Qatar dan projek Selatan mulai 2026 ke terminal LNG Brunsbuttel yang sedang dibangunkan di utara Jerman, kata Kaabi.

    Negara Asia diketuai China, Jepun dan Korea Selatan merupakan pasaran utama untuk gas Qatar, yang semakin dicari-cari oleh negara Eropah sejak perang Rusia ke atas Ukraine menjejas teruk bekalan.

    Rundingan dengan negara Eropah sebelumnya menemui kebuntuan kerana Jerman dan negara lain keberatan menandatangani perjanjian jangka panjang dengan negara Asia.

    Perjanjian dengan Jerman dicapai seminggu selepas QatarEnergy mengumumkan perjanjian 27 tahun untuk menghantar empat juta tan gas setahun ke China, berkata ia adalah tempoh paling lama yang pernah dicatat dalam industri tersebut. – AFP

    Saad Sherida al-Kaabi dan Ryan Lance bertukar dokumen semasa sidang media di ibu negara Qatar, Doha kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...