Qatar bida jadi tuan rumah Piala Asia 2027

KUALA LUMPUR, 26 OGOS – Juara bertahan Piala Asia, Qatar hari ini telah mengemukakan tawaran rasmi untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut bagi edisi 2027, menurut pegawai, berharap kejohanan tersebut akan dilangsungkan buat kali ketiga.

Empat buah negara lain yang turut meluahkan minat untuk menganjurkan kejohanan itu ialah India, Iran, Arab Saudi dan Uzbekistan, menurut Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Tawaran yang berjaya akan diumumkan pada 2021.

Qatar, juga akan menganjurkan Piala Dunia yang seterusnya pada 2022, sebelum ini mengadakan Piala Asia, kejohanan pasukan kebangsaan utama di benua ini, pada 1988 dan 2011, menurut AFC.

Negara teluk itu telah menjuarai Piala Asia 2019 di mana kejohanan telah ditambah dari 16 kepada 24 pasukan.

China akan menjadi tuan rumah edisi seterusnya pada 2023. – AFP