Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Qatar, China meterai perjanjian bekalan gas asli

    DOHA, 21 NOV – Syarikat tenaga Qatar mengumumkan perjanjian bekalan gas asli selama 27 tahun dengan China hari ini, berkata ia adalah bekalan paling lama pernah dicatat dalam industri tersebut.

    QatarEnergy akan menghantar empat juta tan gas asli cecair setiap tahun dari projek Padang Utara baharu ke China Petroleum and Chemical Corporation (Sinopec), kata syarikat.

    Perjanjian itu ‘menandakan perjanjian bekalan gas paling lama dalam sejarah industri LNG,” kata Saad Sherida Al-Kaabi, menteri tenaga Qatar dan ketua eksekutif QatarEnergy.

    Pengerusi syarikat China mendedahkan ia juga telah meminta bahagian penuh dalam projek Padang Utara yang dikuasai oleh syarikat gergasi tenaga Barat.

    Padang Utara dijangka menghasilkan gas asli cecair Qatar sebanyak lebih 60 peratus kepada 126 juta tan setahun menjelang 2027. Negara Asia dipimpin oleh China, Jepun dan Korea Selatan merupakan pasaran utama untuk gas asli Qatar, yang semakin dicari-cari oleh negara Eropah sejak serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Rundingan dengan negara Eropah adalah mencabar ketika Jerman dan negara lain keberatan memeterai perjanjian jangka panjang dengan negara Asia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...