Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar digesa terima enam dasar perangi keganasan

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB), 19 Julai – Empat buah negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar menggesa negara kecil Teluk itu semalam supaya komited pada enam dasar memerangi faham pelampau dan pengganasan dan merundingkan rancangan dengan langkah khusus untuk melaksanakannya – satu langkah yang mungkin membuka ruang bagi resolusi awal krisis berkenaan.

    Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar awal Jun, sebahagian besarnya kerana mereka mendakwa Qatar menyokong kumpulan pengganas dan pelampau – satu dakwaan yang ditolak Qatar. Mereka pada awalnya membuat 13 tuntutan yang juga ditolak oleh Qatar.

    Duta PBB ke Arab Saudi, Abdallah Al-Mouallimi memberitahu taklimat bagi sebuah kumpulan wartawan PBB bahawa empat negara itu kini komited dengan enam dasar yang telah dipersetujui oleh menteri-menteri luarnya pada mesyuarat di Kaherah pada 5 Julai lalu, dan berharap Qatar akan menyokong mereka juga.

    Dasar itu termasuklah komitmen untuk memerangi faham pelampau dan pengganasan, mencegah pembiayaan dan tempat perlindungan bagi kumpulan seumpama itu, dan menangguhkan semua tindakan provokasi dan ucapan yang mengapi-apikan kebencian atau keganasan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda