Qatar hos final AFC

KUALA LUMPUR, 16 OKT – Qatar akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan final Liga Juara-Juara Asia yang pada Disember, menurut kenyataan pegawai hari ini, selepas negara teluk tersebut berjaya mengadakan kejohanan yang disambung semula selepas digantungkan selama beberapa bulan akibat koronavirus.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkata perlawanan final akan diadakan pada 19 Disember di Doha, di mana gelembung bio keselamatan akan diadakan bagi melindungi pemain dan kakitangan daripada jangkitan.

Setiausaha Agung AFC, Windsor John berkata pemilihan tempat perlawanan bagi final kejohanan utama kelab Asia adalah sangat ‘rumit, terutama perlawanan tahun ini akan diadakan dalam satu perlawanan sahaja. Sebelum ini ia dilakukan secara perlawanan timbal balik, yang diadakan di negara pasukan yang beraksi di final. Selepas digantungkan pada Mac, kejohanan disambung semula bulan lalu di Qatar, dan turut menjadi tuan rumah Piala Dunia seterusnya pada 2022. Pasukan zon Barat bermain baki perlawanan mereka, yang telah dilangsungkan awal bulan ini dengan Persepolis berjaya menundukan Al Nassr untuk mara ke pusingan final. – AFP