Qatar lancar aplikasi Ehteraz kesan kontak COVID-19

DOHA – Bagi memerangi COVID-19, kerajaan Qatar telah membina sebuah aplikasi pengesanan kontak COVID-19, alat yang wajib diisi oleh setiap penduduk dan memaksa pegawai untuk menawarkan jaminan terhadap aplikasi tersebut.

Seperti negara-negara lain di seluruh dunia, Qatar telah beralih kepada telefon bimbit untuk mengesan pergerakan dan dengan siapa rakyat bersentuhan, membolehkan mereka memantau kontak jangkitan COVID-19 dan memberi amaran kepada orang-orang yang berisiko.

Aplikasi tersebut menggunakan isyarat radio Bluetooth akan berbunyi “ping” pada peranti berdekatan, yang kemudiannya dapat dihubungi jika pengguna yang mereka dekati mengalami gejala atau ujian positif virus, tetapi akses yang belum pernah dibuat sebelumnya terhadap data lokasi pengguna telah menimbulkan kebimbangan mengenai privasi terhadap pengawasan negara.

Versi aplikasi Qatar jauh lebih berbeza, ia memaksa pengguna Android untuk membenarkan akses ke galeri gambar dan video mereka, sementara juga membolehkan aplikasi membuat panggilan tanpa kebenaran.

“Saya tidak dapat memahami mengapa ia memerlukan semua kebenaran ini,” menurut Ala’a yang menyatakan di dalam laman kumpulan Facebook yang terkenal dengan komuniti ekspatriat di Doha, salah satu daripada beberapa forum yang khuatir dengan aplikasi tersebut.

Qatar telah beralih ke telefon bimbit untuk mengesan pergerakan dan mengesan dengan siapa mereka bersentuhan, membolehkan mereka memantau kontak jangkitan COVID-19 dan memberi amaran kepada orang-orang yang berisiko. – AFP
Aplikasi telefon pintar TraceTogether, sebagai langkah pencegahan terhadap COVID-19 di Singapura. Teknologi telefon pintar kini semakin popular sebagai satu-satunya cara untuk meningkatkan usaha mengesan orang yang berisiko menyebarkan penyakit itu. – AFP

Justin Martin, seorang profesor jurnalistik di Qatar, memperingatkan pihak berkuasa dalam laman Twitternya agar tidak memudarkan kepercayaan dengan aplikasi yang begitu membimbangkan itu.

Kerajaan melancarkan aplikasi ‘Ehteraz’ yang bermaksud pencegahan pada bulan April lalu dan pada setiap hari Jumaat wajib bagi semua warga Qatar dan penduduknya untuk memuat naik aplikasi tersebut di telefon mereka.

Ketidakpatuhan dengan tidak memuat naik aplikasi itu akan dihukum penjara hingga tiga tahun sama seperti hukuman tidak memakai penutup mulut dan hidung di khalayak ramai di sebuah negara yang sedang berperang dengan virus itu dengan kadar jangkitan per kapita tertinggi di dunia.

Hampir 44,000 dari 2.75 juta penduduk Qatar telah disahkan positif COVID-19 atau 1.6 peratus daripada populasi dan 23 orang telah meninggal dunia.

Pasukan keselamatan yang mengawal pusat pemeriksaan di seluruh Qatar baru-baru ini telah memastikan penggunaan aplikasi tersebut, lapor media tempatan, di samping memeriksa penggunaan penutup mulut dan hidung.

Kritikan terhadap kerajaan jarang terjadi di Qatar dan undang-undang melarang jika tidak menghormati kerajaan.

Namun, pihak kerajaan mengatakan bahawa undang-undang pada aplikasi tersebut akan ditegakkan dengan pemahaman yang baik. Disertakan dengan antaramuka ringkas aplikasi memaparkan kod bar berwarna yang mengandungi nombor ID pengguna di mana warna hijau bermaksud sihat, merah bermaksud positif COVID-19 dan kuning untuk kes kuarantin.

Manakala warna kelabu menunjukkan kes yang disyaki atau mereka yang bersentuhan atau kontak dengan individu yang dijangkiti.

Mohamed bin Hamad Al-Thani, seorang pengarah di Kementerian Kesihatan Qatar, mengatakan bahawa data yang dikumpulkan adalah sepenuhnya rahsia.

“Akan ada kemas kini untuk aplikasi Ehteraz itu untuk mengatasi masalah yang menjadi perhatian dan meningkatkan lagi kecekapannya,” tambahnya dalam wawancara di televisyen.

Versi baharu perisian aplikasi itu telah dibina untuk pengguna Apple dan Android pada hari Ahad, menjanjikan pembaikan kecil, tetapi tanpa menunjukkan bahawa aspek invasif telah dihapus.

Aplikasi ini diperkenalkan sama seperti negara-negara Islam lain di seluruh dunia di mana memperingatkan bahawa perjumpaan pada bulan Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak digalakkan untuk berkumpul kerana dapat menyebabkan penularan jangkitan.

“Terdapat dua kebimbangan utama dengan aplikasi itu,” kata penyelidik Human Rights Watch, Hiba Zayadin. Ini sangat invasif, dengan banyak kebenaran peribadi kerajaan boleh mengakses hal-hal tidak diperlukan untuk tujuan pengesanan kontak, tidak perlu membuat pencerobohan privasi.

Tetapi juga “banyak pekerja migran di negara ini tidak memiliki telefon bimbit yang serasi yang membolehkan mereka memuat turun aplikasi dan mematuhinya.”

Terdapat juga aduan bahawa aplikasi itu boleh menghabiskan kuasa bateri dan tidak dapat dipasang pada telefon bimbit iPhone yang lama. Sebilangan orang telah mencari jalan bagaimana untuk mengaksesnya.

“Orang membelanjakan wang dan menunggu dalam barisan untuk mendapatkan telefon bimbit untuk melindungi privasi mereka,” jelas seorang jurutera ekspatriat, Janko.

Terdapat laporan beberapa pengguna diklasifikasikan secara salah sebagai kuarantin atau kes yang disyaki.

“Tidak perlu ada akses foto dan lain-lain.

Tetapi ia menjadi alat yang baik dan cara yang baik untuk sesiapa yang akan diuji,” kata peguam teknologi, Rahul Matthan. – AFP