Qatar lancar stadium ketiga Piala Dunia

QATAR, 16 JUN – Stadium ketiga Piala Dunia 2022 dilancarkan, ketua penganjur Qatar mengatakan kelmarin bahawa dia sedang berbincang dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Bundesliga untuk mengetahui bagaimana mereka menghadapi dan mengawal COVID-19.

Hassan Al-Thawadi mengatakan bagaimana sukan mempertimbangkan potensi terhadap pencegahan kesihatan yang berterusan pada acara sukan, jika tidak ada vaksin untuk COVID-19.

“Ini adalah kesempatan bagi kita semua untuk belajar antara satu sama lain,” kata Al-Thawadi, setiausaha umum jawatankuasa penganjur Qatar.

“Kita mungkin berada dalam posisi yang lebih baik daripada kebanyakan negara-negara lain, dalam erti kata lain, kita mempunyai dua tahun ke depan lagi di mana untuk kita dapat belajar dari pengalaman orang lain.”

Bundesliga disambung semula bulan lalu dan penutupan 100 hari EPL berakhir pada hari Rabu ini, dengan peminat dilarang memasuki stadium di Jerman dan England.

Piala Dunia Qatar tidak akan bermula sehingga November 2022. Stadium Education City yang berkapasiti 40,000 adalah stadium yang ketiga akan disiapkan setelah pembangunan semula Khalifa International pada tahun 2017 dan pembukaan Al Janoub tahun lalu.

Dengan sekatan COVID-19, stadium ketiga dilancarkan dengan menggunakan pertunjukan digital di tempat yang dikenali sebagai ‘Diamond in the Desert’.

“Melancarkan stadium sekarang sementara dunia sedang berhadapan dengan pandemik koronavirus menunjukkan kepada semua orang bahawa ada cahaya di hujung terowong dan hari-hari yang lebih cerah di depan,” kata Al-Thawadi.

Qatar dianugerahkan menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama di Timur Tengah setelah dalam perbalahan dengan FIFA pada Disember 2010 yang lalu. – AP

Setiausaha umum jawatankuasa penganjur Qatar, Hassan Al-Thawadi mengatakan kesukaran untuk mengawal pencegahan wabak yang berterusan pada acara sukan, jika tidak ada vaksin untuk COVID-19, ketika stadium ketiga Piala Dunia 2022 dilancarkan baru-baru ini. – AP