Qatar lantik perdana menteri baharu

DOHA, 28 JAN – Pemerintah Qatar melantik perdana menteri baharu hari ini, agensi berita Negara melaporkan, menggantikan rejim veteran, Sheikh Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al-Thani.

Tiada sebab diberikan untuk pertukaran ini dan tidak jelas sama ada Sheikh Abdullah masih menjadi menteri dalam negeri selepas dia meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Perdana menteri baharu, Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al-Thami sebelum ini mengetuai pejabat pemerintah Qatar, Amir Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, menurut laman sesawang kerajaan.

“Amir mengeluarkan hari ini perintah amir nombor dua untuk 2020, melantik Tuan Yang Terutama Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al-Thani sebagai perdana menteri. Perintah amir hendaklah berkuat kuasa mulai daripada tarikh dikeluarkan,” Agensi Berita Qatar melaporkan.

Perdana menteri baharu, sebelumnya bekerja di industri gas dan menerima pendidikan di Amerika Syarikat sebelum bekerja untuk Sheikh Tamim ketika dia menjadi putera mahkota, menurut biografi rasminya. – AFP

Gambar fail pada 10 Disember 2019 menunjukkan Perdana Menteri Qatar, Abdullah bin Nasser menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk ke-40, di Riyadh, Arab Saudi. – AP