Qatar pinda undang-undang anti-keganasan

DOHA, 21 Julai – Qatar mengumumkan semalam perubahan kepada undang-undang anti-keganasannya, salah satu isu kontroversi di tengah krisis di antara Doha dan negara jirannya yang menuduhnya menyokong pelampau.

Perintah daripada Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani mengemukakan dua senarai untuk individu dan entiti pengganas dan menetapkan syarat-syarat untuk memasukkan mereka.

Ia juga mentakrifkan pengganas, jenayah pengganas, entiti pengganas serta pembiayaan keganasan.

Perintah itu menyusuli pemeteraian perjanjian AS-Qatar untuk memerangi pembiayaan keganasan, yang kemudian diketepikan oleh negara jiran Teluk.

Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir telah menguatkuasa satu pemulauan ke atas Qatar sejak 5 Jun.

Mereka telah mengenakan sekatan ke atas Doha, termasuk menutup satu-satunya sempadan darat, tidak membenarkan Qatar memasuki ruang udara mereka dan mengarahkan rakyat mereka supaya pulang dari Qatar.

Mereka juga memberikan senarai 13 permintaan untuk dipenuhi oleh amiriah untuk menamatkan krisis politik paling teruk di rantau beberapa tahun lamanya.

Qatar menafi dakwaan mengamal fahaman pelampau dan telah menggelar permintaan sebagai tidak realistik. – AFP