Qatar, Rusia nafi tuduhan rasuah

DOHA, 8 APRIL – Qatar dan Rusia membidas pertuduhan rasuah hari ini selepas pendakwa raya AS menuduh mereka membayar berjuta-juta dalam rasuah untuk hak menjadi tuan rumah kejohanan 2018 dan 2022.

Menurut Jabatan Keadilan ketika mengeluarkan dokumen Isnin lalu, pegawai FIFA menerima suapan bagi undian yang memihak kepada Rusia supaya menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 dan kejohanan 2022 kepada Qatar.

Doha berkata ia ‘membidas sekeras-kerasnya pertuduhan yang telah difailkan ke mahkamah’ sementara itu Kremlin berkata ‘secara sah mendapat hak tersebut’ untuk menjadi tuan rumah bola sepak tahun 2018.

Tindakan undang-undang AS telah dikaitkan dengan skandal rasuah tahun 2015 yang meninggalkan badan pengurusan FIFA dalam kekacauan dan membawa kepada peletakan jawatan presiden ketika itu, Sepp Blatter.

Dalam tahun-tahun seterusnya, kerajaan AS telah menuduh seramai 45 orang dan beberapa buah syarikat sukan lebih dari 90 pertuduhan jenayah dan membayar serta menerima lebih dari AS$200 juta hasil suapan.

Qatar dan Rusia membidas pertuduhan rasuah selepas pendakwa raya AS menuduh mereka membayar berjuta-juta dalam rasuah untuk hak menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia 2018 dan 2022. – AFP

“Rusia sememangnya mendapat hak menganjurkan Piala Dunia secara sah,” jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu wartawan.

Jawatankuasa Tertinggi Penyerahan Qatar berkata dalam kenyataan bahawa pertuduhan itu ‘adalah sebahagian dari kes yang telah lama berlaku, subjek yang bukan proses pembidaan Piala Dunia 2018/2022.”

Jadual kejohanan yang akan diadakan pada bulan November dan Disember 2022, kekal tidak berubah akibat pandemik koronavirus yang telah memaksa penundaan kejohanan bola sepak Eropah dan Sukan Olimpik Tokyo. Kedua-duanya akan berlangsung pada 2021.

Tindakan undang-undang AS yang terkini tertumpu ke arah dua orang bekas eksekutif media AS, Fox yang telah didakwa kerana rasuah, penipuan bank dan pengelapan wang pada Isnin lalu.

Tetapi pendakwa raya Kesatuan telah menumpukan perhatian kepada perang bidaan yang dicemari oleh skandal untuk Piala Dunia 2018 dan 2022. – AFP