Qatar sah kes pertama di tapak Piala Dunia

DOHA, 16 APRIL – Qatar melaporkan kelmarin bahawa lima kes koronavirus telah dikesan ke atas pekerja di tiga stadium Piala Dunia, kejadian pertama disahkan antara mereka yang terlibat dalam projek kejohanan 2022.

Negara teluk telah mencatatkan sebanyak tujuh kematian, 3711 kes jangkitan COVID-19 dan 406 orang telah pulih sejak 6 Mac tetapi sebelum ini tidak mendedahkan sebarang kes positif ke atas pekerja di tapak pembinaan stadium Piala Dunia.

“Jawatankuasa Tertinggi untuk Penghantaran dan Warisan (SC) telah mengesahkan bahawa dua orang kakitangan yang bekerja di Kontraktor SC di projek stadium Al-Thumama telah disahkan positif menghidapi COVID-19,” penganjur berkata dalam kenyataan kepada AFP.

“Manalaka, tiga orang di projek stadium Al-Rayyan dan dua di projek stadium Al-Bayt turut diuji positif.”

Qatar sedang membina tujuh stadium baharu untuk kejohanan tersebut, sebuah secara rasminya telah dibuka, sementara sebuah stadium yang sedia ada telah menjalani pengubahsuaian menjelang 2022. – AFP