Wednesday, October 5, 2022
30 C
Brunei

Qatar sudah sedia anjur Piala Dunia

-

KUALA LUMPUR, 1 APRIL – Qatar dilihat sudah bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022, yang akan berlangsung 234 hari lagi, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Hamidin yang mengetuai delegasi Malaysia ke Kongres Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke-72 di Doha, berkata sepanjang berada di negara itu, beliau mendapati tempat pertandingan telah bersedia selain kemeriahan kejohanan tersebut sudah mula dirasai.

“Persiapan yang diadakan di benua Asia ini dan pertama di Timur Tengah disifatkan sebagai sempurna dan sudah siap setahun awal,” katanya dalam hantaran Facebook rasmi FAM, hari ini.

Piala Dunia Qatar yang dijadualkan berlangsung pada 21 November hingga 18 Disember ini dijangka meriah susulan lebih 800,000 tiket sudah dijual setakat ini. Selain Hamidin, dua lagi Timbalan Presiden FAM iaitu Datuk Mohd Yusoff Mahadi serta Datuk S Sivasundaram turut hadir ke kongres tersebut semalam dan akan menghadiri majlis undian Piala Dunia 2022 yang dijadualkan hari ini. 

Menurut hantaran itu, pada kongres tersebut Presiden FIFA, Gianni Infantino menyatakan hasrat untuk bertanding semula untuk mendapatkan jawatan itu pada 2023, selain menekankan beberapa topik utama iaitu dana pembangunan FIFA Forward ditingkatkan kepada 25 peratus bagi setiap negara gabungan, pelaburan dalam pembangunan bola sepak dan penyelesaian konflik peperangan negara anggota.– Bernama

Menurut Datuk Hamidin, Qatar dilihat sudah bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022, yang akan berlangsung 234 hari lagi. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -