Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Qatar, US meterai perjanjian menentang pengganasan

DOHA, Qatar, 11 Julai — Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson berlepas ke Qatar hari ini dalam misinya untuk menamatkan kebuntuan antara Qatar dan empat negara Arab serta mendapatkan komitmen Qatar untuk meningkatkan usahanya menentang pengganasan, yang menjadi kunci utama perbalahan antara sekutu-sekutu penting AS di Timur Tengah itu.

Qatar merupakan persinggahan kedua Tillerson dalam pergerakan litar diplomasi yang mana beliau akan singgah ke Arab Saudi. Arab Saudi berkongsi sempadan darat dengan Qatar serta merupakan negara paling berkuasa dalam kalangan empat negara Arab iaitu Arab Saudi, Bahrain, Emeriah Arab Bersatu dan Mesir yang menentang Qatar itu.

Sambil menganggap dirinya sebagai ‘rakan kepada rantau berkenaan,’ Tillerson berharap untuk mencapai kemajuan dalam menamatkan kebuntuan dalam kenyataan ringkasnya selepas mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani di Doha.

Semasa kunjungannya itu, kedua-dua buah negara menandatangani satu memorandum persefahaman yang menggariskan usaha masa depan yang boleh diambil oleh Qatar untuk mengukuhkan perjuangannya menentang pengganasan serta secara aktif menangani isu pembiayaan pengganasan, kata penasihat kanan Tillerson, R.C. Hammond.

Perjanjian tersebut menjawab salah satu dakwaan utama yang dibuat ke atas Qatar oleh empat negara Arab itu, yang menuduh Doha menyokong pengganasan.

Qatar bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Tillerson juga memberi sokongan politik kepada Qatar yang terkepung itu, menjelang perbincangannya dengan perwakilan empat buah negara Arab terbabit, di Arab Saudi esok.

“Saya fikir Qatar sangat jelas dalam pendirian mereka dan saya kira ia sangat munasabah,” katanya. – AP

Artikel sebelum iniKerber hilang status no.1
Artikel seterusnyaChina kuasai kewangan global
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -