Qi Xuan kejutkan Line Christophersen

AARHUS, DENMARK, 10 OKT – Turun ke gelanggang tanpa tekanan menjadi kunci kejayaan pemain perseorangan wanita Malaysia, Eoon Qi Xuan yang mencipta kejutan pada perlawanan pembukaan kumpulan D, Kejohanan Badminton Piala Uber kelmarin.

Biarpun jurang ranking 100 anak tangga di bawah, pemain berusia 20 tahun yang tewas 21-18 pada set pertama, bangkit mengejutkan lawannya Line Christophersen yang berada di ranking ke-23 dengan kemenangan 21-18, 21-15 untuk menyumbang mata pertama skuad negara.

Pemenang pingat perak Kejohanan Remaja Asia 2017 itu berkata beliau melangkah ke dalam gelanggang tanpa sebarang tekanan meskipun menyedari lawannya jauh lebih hebat dari segi ranking dengan Denmark sudah selesa mendahului 2-0 ketika itu.

“Sebelum main saya tidak fikir banyak, saya tidak harapkan apa-apa pun, hanya mahu buat yang terbaik. Ketika perlawanan ada rasa gementar kerana kita ketinggalan 2-0, tapi saya kekal bertenang, dan saya rasa gembira kerana dapat sumbang satu mata,“ katanya. – Bernama