SINGAPURA, 8 Ogos – Quantopian, platform dalam talian percuma yang menyediakan pendidikan dan peranti untuk mencipta strategi pelaburan kuantitatif baharu, akan mengadakan persidangan tahunan mereka yang kedua dari 28 hingga 30 September.
Acara tiga hari itu akan memberi tumpuan kepada perdagangan dan rundingan ciri-ciri algoritma oleh pakar terkemuka pelaburan kuantitatif daripada firma-firma pengurusan aset, syarikat teknologi, bank pelaburan dan pakar akademik.
Ucapan dasar akan disampaikan oleh Yi Li, pengurus portfolio untuk Systematic Investment Group GIC.
Penceramah lain termasuk: Josh Holcroft, Ketua Penyelidikan Kuantitatif, Asia, di UBS Investment Bank; Juan Cheng, saintis data di InfoTrie; Jason Hsu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Pelaburan di Rayliant Global Advisors; Dr. Haksun Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di NM Ltd., sebuah syarikat penyelidikan perdagangan algoritma dan perunding matematik; dan Rob Carver, Peniaga Niaga Hadapan Sistematik Bebas, Penulis dan Perunding Penyelidikan. – Bernama