ISTANBUL, 8 Feb – Pemain sayap antarabangsa Portugal, Ricardo Quaresma telah menandatangani penyambungan kontrak selama tiga tahun dengan juara Turki, Besiktas sehingga tahun 2020, umum kelab Istanbul tersebut kelmarin.
“Saya berbangga untuk bermain bagi kelab hebat ini. Besiktas selalu dan selamanya,” menurut kenyataan pemain berusia 33 tahun itu melalui akaun Instagram miliknya.
Bekas bintang Porto tersebut, yang juga pernah bermain di Barcelona, Inter Milan dan Chelsea, adalah sebahagian daripada pasukan Portugal yang memenangi kejuaraan pertama negara tersebut di Euro 2016.
Dia telah menyumbangkan sembilan asis dan satu gol dalam 17 penampilan bersama Besiktas musim ini.
Besiktas dua mata di atas Istanbul Basaksehir di persada liga Turki. – AFP