Quartararo dalam misi buru mata di Le Mans

LE MANS, 13 MEI – Fabio Quartararo memulakan Grand Prix di bandar kelahirannya di Le Mans pada hujung minggu ini dan cuba kembali mengejar kejuaraan MotoGP selepas berdepan masalahh yang memaksa dirinya untuk menjalani pembedahan.

Pemandu Perancis itu memulakan MotoGP Sepanyol di kedudukan teratas, bangkit dari mendahului awal perlumbaan bersama Yamaha dan dilihat bakal mencatat kemenangan ketiga dalam empat perlumbaan pada musim ini. Tetapi masalah otot kiri dan lemah di bahagian bawah lengan kanan.

Dia menamatkan perlumbaan di tangga ke-13 dan merasa kecewa.

Jack Miller memenangi perlumbaan, sementara rakan sepasukan di Ducati, Francesco Bagnaia berada di tempat kedua untuk merebut kejuaraan keseluruhan.

Selepas perlumbaan, Quartararo menjalani pembedahan yang dikenali sebagai ‘arm pump’.

Tugasan pertama di litar Bugatti, tanpa kehadiran peminat disebabkan oleh pandemik koronavirus, akan menunjukkan dia bersedia untuk kembali bersaing.

“Buat ketika ini segala-galanya kelihatan okey,” katanya. “Saya tidak akan terlalu memaksa diri pada masa ini. Saya cuba menghabiskan perlumbaan dan berharap untuk kembali seperti sebelum ini pada hujung minggu.”

Yamaha dilihat berjaya menangani masalah mereka alami pada penghujung musim lalu yang mana mencalarkan peluang Quartararo untuk meraih kejuaraan sementara menunggang bersama pasukan Yamaha-SRT. – AFP