Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Quartararo intai kejuaraan MotoGP Perancis

    LE MANS, PERANCIS, 13 MEI – Selepas mencatat permulaan yang perlahan musim ini, juara dunia Fabio Quartararo telah melonjak ke puncak kedudukan dan bersedia untuk mencatat kemenangan pertamanya di tempat sendiri pada hujung minggu ini pada perlumbaan Grand Prix Perancis.

    Pelumba Yamaha berusia 23 tahun itu hanya berjaya memperoleh satu podium dalam empat perlumbaan pertama tahun itu kerana motosikalnya mengalami masalah kelajuan.

    Tetapi di litar Eropah, defisit kelajuan itu kurang ketara dan ia membolehkannya menang di Portugal pada penghujung April lalu dan menduduki tempat kedua di Sepanyol seminggu kemudian.

    Dia mendahului kedudukan dengan 89 mata, tujuh mata di hadapan Aleix Espargaro dari Asprilla manakala Enea Bastianini ketinggalan 13 mata lagi.

    Quartararo menuju ke litar Bugatti di Le Mans untuk mencari kemenangan ke-10 dalam karier baharunya di MotoGP dan yang pertama di bumi Perancis. Dia mengakui menyasarkan prestasi pra-perlumbaan yang mantap untuk membantunya dalam kempen kemenangan.

    Quartararo menambah bahawa dia berasa amat teruja dan istimewa berada di GP halaman sendiri. – AFP

    Reaksi pelumba Fabio Quartararo semasa sidang akhbar menjelang perlumbaan MotoGP Grand Prix motosikal Perancis kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...