Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Quartararo lakar kemenangan MotoGP Portugal

    PORTIMAO, PORTUGAL, 25 APRIL – Penyandang juara MotoGP, Fabio Quartararo tidak memikirkan masalah kelajuan ketika dia melakar kemena-ngan di Grand Prix Portugal kelmarin.

    Pelumba Yamaha tersebut menguasai perlumbaan dan menamatkan perlawanan dengan lima saat mendahului rakan senegara dari Perancis, Johann Zarco dari Ducati-Pramac.

    Zarco mendapat peluang apabila pemandu Sepanyol, Joan Mir, yang menunggang Suzuki dan Jack Miller dari Australia, yang menunggang jentera Ducati telah bertembung ketika berebut tempat kedua pada perlumbaan peringkat akhir.

    Kemenangan pertama Quartararo sejak Grand Prix Britain pada Ogos lalu, melonjakkannya ke tempat pertama dalam kedudukan, menyamakan 69 mata dengan pelumba Sepanyol, Alex Rins yang bermula di barisan kelapan dengan Suzuki miliknya.

    Pelumba Sepanyol, Aleix Espargaro dari Aprilia naik ke tempat ketiga dalam kedudukan tiga mata di belakang pendahulu. Zarco berkata bahawa dia berasa kagum dengan prestasi Quartararo yang berjaya menguasai perlumbaan. – AFP

    Reaksi Fabio Quartararo selepas memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix di Litar Antarabangsa Algarve di Portimao, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...