Quartararo menang Grand Prix Sepanyol

JEREZ DE LA FRONTERA, 20 JULAI – Fabio Quartararo memenangi perlumbaan sulungnya setelah Marc Marquez mengalami kecederaan patah lengan dalam insiden kemalangan di Grand Prix Sepanyol kelmarin ketika MotoGP memulakan semula musimnya di tengah wabak COVID-19.

Marquez, juara bertahan MotoGP enam kali, terjatuh dengan berbaki empat pusingan sahaja lagi dan terpaksa dibawa ke tepi trek perlumbaan dengan pengusungan.

Pasukan Honda mengatakan bahawa dia akan menjalani pembedahan esok tetapi masa untuknya kembali pulih belum diketahui. Marquez berada di tangga ketiga tetapi setelah mengejar dari belakang, dia kehilangan kawalan motosikalnya dan mengelakkan kemalangan awal yang menjadikannya kembali dalam trek pada awal perlumbaan.

Quartararo, 21 tahun, yang bermula dari posisi depan setelah pusingan rekod di Circuito de Jerez-Angel Nieto, menjadi pelumba Perancis pertama yang memenangi MotoGP sejak Regis Laconi pada tahun 1999.

“Ini adalah detik terbaik dalam hidup saya,” kata Quartararo. “Pelik, tanpa peminat. Saya suka mereka berada di sini dan bersorak bersama mereka. Perlumbaan ini adalah untuk mereka semua, untuk semua orang yang terkena jangkitan COVID.”

Ini adalah yang pertama dari tujuh perlumbaan di

Sepanyol dalam musim yang dikurangkan, yang pada asalnya dijadualkan bermula pada bulan Mac. Perlumbaan kedua dari 13 perlumbaan pada kalendar tahun ini juga akan dijalankan di Jerez pada hujung minggu depan. – AFP