Quartararo sasar kejuaraan di GP Britain

LONDON, 27 OGOS – Fabio Quartararo masih belum berhasil untuk menaiki podium di Silverstone tetapi dia masih mengambil langkah signifikan untuk menjadi juara dunia MotoGP dari Perancis dengan memenangi Grand Prix Britain pada hujung minggu ini.

Pelumba Yamaha berusia 22 tahun itu mempunyai kelebihan 47 mata di hadapan pelumba Itali, Francesco Bagnaia yang mewakili Ducati dengan berbaki lapan perlumbaan.

Pelumba Perancis itu telah mengubah kedudukan MotoGP pada musim ini dengan cara yang mengejutkan setakat ini dengan rekod yang mengagumkan di Moto2 dan Moto3.

Quartararo, yang mengancam untuk memecah dominasi pelumba dari Sepanyol, walau bagaimanapun bimbang mengenai satu gangguan di Britain iaitu cuaca.

Quartararo, yang menamatkan kedudukan di tempat ketujuh sebelum ini di Austria, tidak kurang selesa dengan litar yang kering atau berlumba dalam keadaan hujan.

Gambar fail reaksi Fabio Quartararo menjulang piala selepas memenangi GP Andalusia di Sepanyol, tahun lalu.- AP

“Objektif saya ialah untuk merebut kemenangan pertama kerana ia adalah salah satu litar kegemaran saya dan ia juga perlumbaan penting bagi pasukan saya (mereka berkongsi penaja yang sama ketika perlumbaan),” kata Quartararo.

“Saya percaya ia akan menjadi perlumbaan yang bagus jika keadaan baik.

“Jika hujan turun, kami akan melihat bagaimana perlumbaan berakhir tetapi kami akan melakukan yang terbaik.”

Dia sekurang-kurangnya akan memperbaiki rekod di Silverstone ditunjukkan daripada lima penampilan di kesemua kategori, tempat keempat dalam perlumbaan Moto3 2015.

Perlumbaan MotoGP tahun lalu di Silverstone terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik.

Quartararo akan mempunyai rakan sepasukan baharu pada hujung minggu ini selepas Maverick Vinales menggantikan pelumba Britain berusia 35 tahun, Cal Crutchlow.- AFP