Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Quartararo tidak sabar beraksi di GP Sepanyol

    JEREZ DE LA FRONTERA, 29 APRIL – Juara bertahan dunia, Fabio Quartararo adalah pelumba terbaik ketika musim MotoGP kini beralih ke Jerez untuk GP Sepanyol.

    Musim ini ternyata sukar diramal di mana dalam enam perlumbaan telah mencatatkan empat pemenang berbeza.

    Quartararo telah melupakan kedukaan pada awal musim dengan mencatat kemenangan bersama pasukan Yamaha di perlumbaan Portimao hujung minggu lalu, dengan kemenangan pertama pelumba dari Perancis itu sejak Silverstone pada Ogos tahun lalu.

    “Di Portimao, kami bernasib baik kerana litar itu sesuai dengan motosikal kami,” kata Quartararo kelmarin.

    Kemenangan tersebut meletakkannya berada di kedudukan teratas dalam carta bersama-sama penunggang Suzuki, Alex Rins dengan berkongsi 69 mata, tiga mata di hadapan Aleix Espargaro dari Aprilia, yang memungut kemenangan sulung di Argentina pada awal bulan ini.

    Enea Bastianini, yang memenangi dua perlumbaan pada tahun ini, meraih 61 mata sementara rakan sepasukannya di Ducati, Johann Zarco ketinggalan 10 mata di belakang.

    Quartararo mempunyai hubungan baik bersama litar tersebut.

    Dua kemenangan pertama MotoGP dilakar di Jerez – iaitu Grand Prix Sepanyol dan Andalusia pada 2020.

    ‘El Diablo’ adalah pemegang rekod pusingan terpantas (2021) dan catatan masa terbaik bagi kedudukan petak hadapan (2020).

    Termasuk persembahan di Moto2 pada 2019, di mana dia meraih petak hadapan di litar itu sejak empat tahun kebelakangan. – AFP

    Aksi Fabio Quartararo semasa sesi latihan di GP Sepanyol. Quartararo akan cuba untuk memenangi GP Sepanyol selepas dikecewakan musim lalu akibat kecederaan lengan di litar tersebut. –AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...