Quartararo tuju kemenangan di Texas

AUSTIN, 1 OKT – Fabio Quartararo akan mendapat peluang untuk maju ke hadapan dalam kerjaya untuk menjadi juara dunia MotoGP pertama bagi Perancis apabila dia menuju ke perlumbaan Grand Prix Amerika di Austin, Texas hujung minggu ini.

Pemandu Yamaha yang berusia 22 tahun itu telah memenangi lima perlumbaan musim ini dan menuju ke Texas dengan 48 mata mendahului pemandu Ducati, Francesco Bagnaia yang telah memenangi dua perlumbaan terakhir.

Dengan setiap perlumbaan berjumlah 25 mata kepada pemenang, dan hanya tiga sahaja perlumbaan berbaki selepas Texas, Quartararo bersemangat untuk meraih lebih mata.

Untuk mengelakkan memberikan tekanan kepada dirinya, Quartararo mengakui dia telah mengambil keputusan untuk tidak memikirkan kejohanan tersebut.

“Pada awal tahun, saya berkata kepada diri saya, sama ada saya berjuang untuk kejohanan tersebut atau tidak, saya ingin menang perlumbaan,” katanya. “Saya inginkan ia berterusan.”

Bagnaia sudah setentunya akan mengikut perlumbaan tersebut setelah menang di Aragon dan Misano, manakala Quartararo hanya mampu meraih tempat kelapan dan dua.

“Ia adalah amat penting untuk menjadi konsisten dan meraih mata sebanyak yang mungkin,” kata Bagnaia. Ancaman sebenar untuk hari tersebut adalah juara dunia enam kali, Marc Marquez.

Walaupun dia masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaannya tahun lalu, kecederaan pada tangan kanannya tidak membawa masalah terutama sewaktu memusing ke sebelah kiri. Ia terbukti dengan kemenangannya di Jerman dan mendapat nombor kedua di Aragon. – AFP

Pemandu MotoGP Monster Energy, Fabio Quartararo semasa sidang media di Austin, Texas, kelmarin. – AFP