Queiroz berang, ‘tinggalkan’ Iran

AL-AIN, Emiriah Arab Bersatu, 29 Jan – Pengendali veteran, Carlos Queiroz memetik lirik lagu Frank Sinatra, mengkritik skuad kendaliannya dan berang terhadap kritikan terhadapnya tatkala dia mengucapkan selamat tinggal kepada Iran, semalam.

“Kini ia berakhir di sini,” kata pengendali dari Portugal itu, 65 tahun, yang meletakkan jawatannya selepas tewas 0-3 kepada Jepun pada saingan separuh masa Piala Asia.

“Saya sangat gembira dan berbangga kerana saya melakukannya dengan cara saya sendiri.”

Queiroz, yang pernah mengendalikan Manchester United, Real Madrid dan Portugal, kini dikaitkan dengan Colombia setelah menghabiskan kariernya hampir lapan tahun bersama Iran dan menjadi jurulatih paling lama bertahan menggalas jawatan berkenaan.

Walau bagaimanapun, tempohnya berakhir dengan kekecewaan apabila Iran, berdepan kekalahan besar di peringkat separuh akhir kali keenam sejak menjuarai gelaran itu pada 1976.

Queiroz berang dengan insiden yang mencetuskan gol pembukaan buat Jepun apabila lima orang pemainnya mengepung pengadil tatkala pasukan Samurai Biru terus bermain dan meledakkan gol.

Ia adalah kekalahan terbesar Piala Asia sejak 1988, yang menyaksikan rekod terburuk Iran menentang Jepun, yang tidak pernah ditewaskan dan juga menjaringkan gol dalam empat pertemuan pada kejohanan kali ini.

Namun, Queiroz yang mmembantu Iran pada dua aksi Piala Dunia, menghamburkan pujian kepada pemainnya apabila secara kritis mereka telah memberikan negara itu ‘peluang untuk bebas’ ketika di bawah kendaliannya.

“Mereka lakukannya untuk rakyat negara itu. Mereka menghantar satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Iran berhak untuk dilihat dari sudut berbeza.” – AFP

Reaksi Queiroz semasa mengemudi skuad kendaliannya menentang Jepun pada saingan separuh akhir Piala Asia di Stadium Hazza bin Zayed, Abu Dhabi, kelmarin. – AFP