
KUCHING, 20 Julai – Kerajaan negeri Sarawak akan berunding dengan Konsulat Indonesia di sini tentang bagaimana untuk menangani secara bersama penularan wabak rabies atau penyakit anjing gila, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata pasukan itu akan diketuai oleh timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah yang juga pengerusi jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Menteri Kerajaan Tempatan negeri Datuk Prof Dr Sim Hui Kian.
“Kerjasama melalui perkongsian maklumat itu bertujuan untuk memaklumkan antara satu sama lain dan mewujudkan zon penampan bagi mengelakkan penularan penyakit itu,” kata beliau kepada pemberita selepas meninjau program suntikan vaksin ke atas anjing di Dewan Batu 10, Kota Padawan, dekat sini hari ini.