Pendatang baharu, Rachel Zegler telah dipilih untuk menjadi bintang utama dalam filem Disney iaitu Snow White.
Bagaimanapun pemilihan Rachel mendapat kecaman ramai kerana seperti diketahui umum, watak Snow White dalam filem animasi itu digambarkan memiliki kulit putih bak salji dan berbeza dengan kulit Rachel yang sawo matang.
Tidak melatah dengan kritikan warganet, pemilik nama sebenar Rachel Anne Zegler, 20, ‘berjanji’ tidak akan mengubah warna kulitnya semata-mata kerana watak ikonik itu.
“Ya, saya Snow White. Tidak, saya tidak akan akan memutihkan warna kulit untuk watak itu,” tulisnya.
Namun Rachel telah memadam tweet tersebut selepas menerima komen dan reaksi daripada warganet.
Selain membintangi filem Snow White and the Seven Dwarfs, Rachel juga bakal tampil dengan filem Shazam! Fury of the Gods yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2023. – Agensi