Racing Point tetap yakin meski diprotes

SPIELBERG BEI KNITTElFELD, AUSTRIA, 14 JULAI – Racing Point kelmarin berkata mereka tetap ‘yakin’ protes ‘salah faham’ Renault mengenai kesahihan kereta Formula Satu mereka tidak melakukan sebarang kesalahan FIA.

Renault menghadapkan protes ke atas Racing Point, di mana kereta tersebut digelar sebagai ‘pink Mercedes’ disebabkan pertuduhan persamaan dengan kereta-kereta juara dunia dari musim lalu, selepas Grand Prix Styrian Ahad lalu.

Protes tersebut memperhatikan kebimbangan mengenai peraturan ‘bahagian yang disenaraikan’.

“Pasukan F1 Racing Point sangat berdukacita untuk melihat keputusan dalam Grand Prix Styrian yang dipersoalkan oleh apa yang boleh dianggap sebagai salah faham dan kurang tepat,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada AFP.

“Sebarang cadangan untuk melakukan kesalahan adalah ditolak dengan tegas dan pasukan akan mengambil langkah diperlukan untuk memastikan penerapan peraturan yang betul.

Pemandu Racing Point, Sergio Perez dan Lance Stroll semasa berlumba di Grand Prix Styrian. Racing Point yakin protes Renault tidak melakukan sebarang kesalahan FIA. – AFP

“Sebelum bermulanya musim ini, pasukan telah bekerjasama dengan FIA dan menjawab soalan yang ditanyakan mengenai asal usul rekaan RP20.

“Pasukan kami yakin bahawa protes akan dihentikan sebaik sahaja ia memberikan respons.”

Dalam perlumbaan Ahad lalu, Sergio Perez dan Lance Stroll masing-masing menamatkan di tempat keenam dan ketujuh dalam kereta Racing Point.

Pemandu Renault, Daniel Ricciardo berada di kedudukan kelapan sementara rakan sepasukannya Estaban Ocan menarik diri.

Di bawah peraturan F1, pasukan-pasukan mesti menggunakan bahagian yang telah mereka reka dan mereka tidak dibenarkan untuk memberikan rekaan kepada pesaing.

Bahagian-bahagian telah dirampas dan akan diperiksa dan dibandingkan dengan yang pernah digunakan oleh Mercedes tahun lalu.

Racing Point menggunakan rekaan enjin Mercedes dan gear box musim ini. – AFP