Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Radisson bawakan kelainan pengalaman sungkai

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Bersempena bulan Ramadan ini, Hotel Radisson turut tidak ketinggalan menampilkan promosi juadah berbuka istimewa di Restoran Tasek Brasserie.

    Dalam meniti norma baharu, Hotel Radisson juga terus mengetengahkan cetusan pelbagai hidangan lazat yang disajikan di atas pinggan besar ke meja dengan menu bertukar setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, lima jenis hidangan utama dan pencuci mulut, termasuklah kambing panggang istimewa serta hidangan panggang yang lain.

    Dalam kenyataan yang dike-luarkan, Pengurus Besar Hotel Radisson, Miriam Wolber dipetik berkata bahawa pada tahun ini, mereka menawarkan kelainan kepada para pelanggan dengan pengalaman baharu kerana ia adalah cara yang sihat untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan pada bulan mulia ini.

    “Kami sentiasa terkenal dengan makanan yang lazat dan perkhidmatan yang sangat baik, jadi Ramadan tahun ini sekali lagi akan menjadi luar biasa,” tambahnya.

    Dalam pada itu, harga istimewa turut diberikan untuk kumpulan melebihi 50 orang dan berbuka puasa di dewan hotel tersebut.

    Antara hidangan berbuka puasa yang ditampilkan di Restoran Tasek Brasserie semasa bulan Ramadan tahun ini. – Gambar serahan Hotel Radisson
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...