Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Raducanu bukan tandingan Williams

-

CINCINNATI, 17 OGOS – Serena Williams tersingkir dari kejohanan Masters Cincinnati WTA/ATP dalam pusingan pertama, kelmarin, tewas dalam keputusan straight set kepada juara Terbuka AS, Emma Raducanu, ketika karier gemilangnya berada di penghujung.

Williams, yang minggu lalu memberi bayangan akan bersara selepas Terbuka AS bulan ini, bukan tandingan bagi remaja Britain, Raducanu, yang mencatatkan kemenangan 6-4, 6-0.

Williams, 40, segera meninggalkan gelanggang selepas kekalahan itu tanpa bercakap kepada wartawan dan tidak menghadiri sidang media.

Raducanu berjaya mematahkan pukulan Williams pada dua set pertama permulaan untuk meraih kemenangan pertama dan mungkin yang terakhir menentang juara perseorangan Grand Slam 23 kali itu.

“Saya gementar dari mata pertama sehingga mata penghabisan,” kata Raducanu. “Serena seorang pemain yang berbahaya dan boleh bangkit dari mana-mana situasi.

Aksi Serena Williams membalas pukulan servis Emma Raducanu dalam pertemuan di Masters Cincinnati WTA/ATP, baru-baru ini. – AFP

“Saya perlu kekal fokus. Saya gembira kerana dapat kekal tenang.”

Williams, pemenang kejohanan itu pada 2014 dan 2015, bersaing dalam perlawanan keempatnya tahun ini selepas memulakan musim ini di Wimbledon akibat kecederaan.

Sementara itu, pemain muda Britain itu berjaya memperbaiki kedudukan dengan 14 kemenangan, 17 kekalahan sejak memenangi kejohanan terbuka September lalu dari pusingan kelayakan.

Selain itu, Raducanu turut berbangga kerana dapat bermain di hadapan penonton kelmarin dalam pertemuan yang mungkin menjadi perlawanan profesional terakhir buat Williams.

“Kita semua patut berbangga dengan Serena dan kariernya yang menakjubkan,” katanya.

“Saya sangat bertuah kerana mempunyai pengalaman bermain menentangnya.

“Semua pencapaiannya menjadi satu inspirasi. Sangat berbangga untuk berkongsi pengalaman dengannya.”

Sementara itu, adik kepada Williams, Venus turut mencatatkan kekalahan 7-5, 6-1 awal hari ini, tewas kepada juara 2016, Karolina Pliskova. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -