Raducanu raih kemenangan pertama Terbuka AS

CLUJ-NAPOCA, ROMANIA, 27 OKT – Juara terbuka AS, Emma Raducanu kelmarin meraih kemenangan pertamanya sejak kejayaan mengejutnya di New York ketika pemain remaja Britain itu menewaskan Polona Hercog di Terbuka Transylvania, Romania.

Raducanu, 18, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menang 4-6, 7-5, 6-1 setelah bermain hampir dua jam 30 minit pada pusingan pertama di Cluj-Napoca menentang Hercog, pemain nombor 124 dunia dari Slovenia.

Hanya membuat penampilan kedua sejak Terbuka AS, Raducanu ketika ini menghuni kedudukan ke-23 dunia mendahului 4-1 pada set pertama sebelum Hercog memenangi lima perlawanan berturut-turut.

Pemain pilihan ketiga tersebut menyelamatkan mata penentuan 5-keseluruhan pada set kedua dan memenangi permainan susulan Hercog melakukan kesilapan semasa pukulan servis sekali gus memaksa ke set penentuan.

Raducanu, yang dilahirkan di Kanada namun ibu bapa masing-masing dari Romania dan China, menguasai set ketiga untuk memastikan kemenangan pertamanya dalam acara WTA dan mara ke pertemuan dengan pemain Romania yang menduduki kedudukan ke-106, Ana Bogdan. – AFP

Reaki pemain tenis Britain, Emma Raducanu meraikan setelah menewaskan pemain tenis Slovenia, Polona Hercog di Kejohanan WTA Terbuka Transylvania di Cluj, Romania kelmarin. – AP