Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Raducanu risau kecederaan menjelang Terbuka Australia

    AUCKLAND, 5 JAN – Bekas juara Terbuka AS, Emma Raducanu tersingkir dari kejohanan pemanas badan di Auckland kerana mengalami kecederaan hari ini, hanya lebih 10 hari sebelum Terbuka Australia bermula.

    Pemain Britain berusia 20 tahun itu, mengejutkan dunia tenis apabila dia memenangi Terbuka AS pada 2021 sebagai pemain kelayakan, dan berhenti disebabkan kecederaan buku lali pada permulaan set ketiga menentang Viktoria Kuzmova dalam pusingan 16 terakhir.

    Raducanu, yang mengalami beberapa siri kecederaan sejak kemenangannya di New York, memenangi set pertama 6-0 sebelum tewas pada set kedua 7-5.

    Dia kemudian menerima rawatan sebelum mengisytiharkan dia tidak boleh meneruskan perlawanan.

    Pemain veteran, Venus Williams adalah seorang lagi mangsa berprofil tinggi pada hari yang terjejas akibat hujan di Auckland Classic.

    Pemain Amerika berusia 42 tahun itu berkata ia lebih mengenai ‘bertahan untuk hidup’ berbanding tenis selepas dia mematahkan 5-3 pada set ketiga menentang pemain bukan pilihan dari China, Zhu Lin.

    Sementara itu, pemain re-maja AS, Coco Gauff, pilihan utama di Auckland dan wajah baharu tenis wanita, terus mencatat prestasi cemerlang. – AFP

    Reaksi Emma Raducanu semasa perlawanan Kejohanan Tenis Dunia Mubadala di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, 16 Disember lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...