Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Raducanu tembusi halangan ke suku akhir

    WASHINGTON, 5 OGOS – Juara bertahan Terbuka AS, Emma Raducanu dari Britain mara ke peringkat suku akhir Terbuka Washington ATP dan WTA, enggan menggalah selepas perlawanan berturut-turut dengan keadaan cuaca terik.

    Pemain berusia 19 tahun itu berjaya menewaskan lawannya dari Colombia, Camila Osorio dengan keputusan 7-6 (7/5), 7-6 (7/4) selepas dua jam dan 50 minit beraksi untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan dua set paling lama di WTA.

    “Ini merupakan perlawanan yang paling fizikal pernah saya bermain,” dedah Raducanu. “Ia memerlukan usaha yang cukup besar untuk mara.

    “Saya sangat gembira dan bangga untuk mencipta kemenangan. Ia memberikan saya keyakinan tinggi untuk beraksi dalam perlawanan seperti ini.

    “Secara fizikal, saya sangat berpuas hati dengan cara saya bertahan dalam perlawanan ini. Saya tidak sabar untuk bermain lagi.”

    Reaksi Emma Raducanu semasa menentang Camila Osorio di Terbuka Washington ATP dan WTA, kelmarin. – AP

    Raducanu mara ke peringkat suku akhir dan dijaduakan bermain menentang lawannya, Liudmila Samsonova, yang menundukkan pemain Australia, Ajla Tomljanovic, 4-6, 6-3, 6-2 di perlawanan sebelum acara Terbuka AS.

    Ini merupakan peringkat suku akhir ketiga buat Raducanu sejak meraih gelaran Grand Slam tahun lalu di New York, selepas mara ke peringkat lapan terakhir di Cluj-Napoca Oktober lalu dan Stuttgart pada April.

    Raducanu masih belum mara ke peringkat separuh akhir sejak menjulang trofi pada September lalu di Flushing Meadows.

    “Kadangkala dalam karier ini, awda terasa seperti segala-galanya berlaku secara automatik, awda turun untuk bermain dan akhirnya berjaya memenanginya,” kata Raducanu.

    “Ia tidak selalu berlaku. Saya hanya menerima kenyataan bahawa saya tidak akan merasai kemenangan setiap minggu.”

    Osorio ketinggalan di belakang Raducanu 3-0 tetapi bangkit di perlawanan ketujuh dan mendahului 5-4, namun Raducanu pada akhirnya berjaya memenangi perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...