Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Raducanu terpaksa undur diri

    LONDON, 9 JUN – Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu, dijangka bersedia untuk beraksi di Wimbledon walaupun terpaksa mengundurkan diri daripada acara WTA di Birmingham, berikutan dengan kecederaannya baru-baru ini.

    Persiapannya untuk menyertai kejohanan Wimbledon terjejas apabila dia terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama di Nottingham menentang Viktorija Golubic pada Selasa lalu.

    Pemain berusia 19 tahun itu hanya dapat bertahan dalam tujuh perlawanan sebelum kecederaan tersebut menghentikan usahanya dalam membuat penampilan pertama di halaman sendiri di Britain sejak menjuarai Terbuka AS pada tahun lalu.

    Selepas perlawanan tersebut, Raducanu mengakui bahawa dia tidak pasti jika dia mampu pulih tepat pada waktunya untuk beraksi di Wimbledon.

    Melalui keputusan imbasan yang dijalankannya, telah mengurangkan ketakutannya dan dia yakin bakal beraksi di All England Club, walaupun beraksi di Birmingham pada minggu hadapan tidak akan mendatangkan risiko.

    “Ia sangat mengecewakan untuk tampil beraksi pada minggu ini dengan kecederaan dan malangnya tidak dapat menyertai perlawanan di Birmingham,” kata Raducanu menerusi laman sesawang LTA kelmarin.

    “Saya tidak sabar untuk kembali bermain di gelanggang secepatnya untuk menikmati musim perlawanan ini,” katanya lagi.

    Sementara itu, Raducanu tidak akan beraksi di Birmingham, tetapi dia boleh menyertai acara Eastbourne, yang akan berlangsung seminggu sebelum kejohanan Wimbledon pada 27 Jun ini.

    Semasa musim pembukaan Raducanu di Jelajah WTA, dia telah mengalami beberapa masalah berkaitan dengan kecergasan seperti masalah pinggang dan belakang, termasuklah beberapa kali mengalami kulit melecur sejak beberapa bulan kebelakangan ini. – AFP

    Gambar fail AP menunjukkan aksi Raducanu ketika membalas pukulan dalam perlawanannya yang lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...