Rafael Nadal kembali beraksi

BANDAR MEXICO, 25 FEB – Rafael Nadal kini kembali beraksi buat kali pertama sejak kejohanan Terbuka Australia di mana beliau tersingkir di peringkat suku akhir, membuat penampilan di Terbuka Mexico di Acapulco.

Juara dua kali kejohanan, Nadal tersingkir pada pusingan kedua tahun lalu oleh pemain Autralia Nick Kyrgios dalam perlawanan yang dibayangi dengan pertengkaran mulut antara kedua-dua pemain.

Nadal terdahulu menuduh Kyrgios ‘kurang hormat’ selepas Kyrgios melakukan pukulan under arm dalam pertembungan mereka pada tahun 2019, tetapi pemain Sepanyol tersebut memberitahu bahawa beliau telah melupakan peristiwa tersebut.

“Tahun lepas, saya tewas dalam perlawanan sengit yang sepatutnya saya boleh menangi, tetapi itu sebahagian daripada sukan dan saya tidak menyimpan memori buruk tersebut,” jelas Nadal.

“Saya tidak menyimpan perasaan dendam, perasaan dendam tidak akan memberi kemenangan kepada anda, tetapi sebaliknya,” beliau menambah. “Dendam hanya akan membuatkan anda berfikir tidak betul.”

Pemain nombor dua dunia, Nadal mempunyai peluang untuk kembali ke puncak ranking minggu ini – jika sekiranya beliau memenangi trofi dan Novak Djokovic gagal untuk mara ke pusingan separuh akhir di Dubai. – AFP

Rafael Nadal memberitahu beliau tidak menyimpan dendam ke atas lawan beliau tahun lepas, Nick Kyrgios apabila ditanya oleh wartawan. – AP