Raffi Ahmad berminat beli rumah mewah Laudya Cynthia Bella

Pelakon Raffi Ahmad menyatakan minat untuk membeli kediaman mewah milik aktres Laudya Cynthia Bella yang terletak di Jakarta Selatan, Indonesia.

Raffi bagaimanapun berkata dia masih belum memutuskan mengenai perkara itu kerana belum berkesempatan bertemu Laudya.

“Memang rumah Bella mahu dijual cuma tak tahu lagi nak beli atau tidak sebab belum sempat berkomunikasi.

“Bella pun ada di Bandung kan? Saya tak tahu kenapa dia nak jual rumah… mahu beli rumah lagi mungkin, kan rumahnya banyak,” kata Raffi menerusi saluran YouTube RANS Entertainment.

Sementara itu suami kepada Nagita Slavina itu mengakui tertarik dengan kediaman tersebut namun perlu melihat terlebih dahulu sebelum proses jual beli dilakukan.

“Kalau harganya sesuai dan Laudya mahu beri harga sahabat atau harga bekas kekasih… siapa tahu lebih murah.

“Cuma buat masa ini belum berbual lagi dengannya mengenai perkara ini,” ujarnya. – Agensi

Raffi Ahmad mengakui tertarik dengan kediaman mewah milik aktres Laudya Cynthia Bella namun perlu melihat terlebih dahulu sebelum proses jual beli dilakukan. – Agensi