Raffi Ahmad enggan buka laman sosial untuk anak

Berbeza dengan pasangan selebriti yang lain, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dan isterinya iaitu Nagita Slavina enggan membuka akaun laman sosial untuk anak mereka.

Memetik laporan Liputan6, Raffi dan isteri menganggap anak mereka, Rafathar Malik Ahmad masih kecil dan belum sesuai untuk menggunakan platform tersebut.

“Saya dan suami tidak mahu cipta akaun peribadi untuk anak kami kerana bagi saya, ia tidak perlu. Walaupun ramai selebriti buat dan saya pun tidak kata ia salah.

“Cuma, keputusan saya untuk tidak buka media sosial untuk Rafathar adalah tepat. Sebab bagi saya, belum tiba masa yang sesuai untuk semua itu,” kata Nagita.Raffi dan Nagita mendirikan rumah tangga pada 2014. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Rafathar Malik Ahmad pada 15 Ogos 2015. – Agensi

Raffi Ahmad dan isterinya berkata keputusan untuk tidak membuka akaun media sosial untuk anak mereka adalah tepat. – Agensi