Raffi Ahmad tak mahu anak ikut perangai zaman muda

Pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai playboy semasa usia remajanya dan imej itu rupa-rupanya masih melekat walaupun sudah berkahwin.

Menerusi sebuah rancangan televisyen Uya Kuya, Raffi akui masa awal perkahwinan dia masih menggoda wanita.

“Memang dulu saya kan teman wanita ramai. Masa awal pernikahan saya suka goda wanita, suka mesej tapi begitu sahaja,” kata Raffi.

Tambah Raffi, 34, dia perlahan-lahan berubah selepas berkahwin dan sekarang anaknya juga semakin membesar.

“Dua tahun awal pernikahan je saya macam tu. Saat anak sudah membesar saya berasa malu.

“Bila tanya anak besar nak jadi apa. Dia jawab nak jadi macam papa, malu kalau anak tahu ayah dia dulu macam mana,” tambah Raffi lagi.

Raffi juga berkata, hubungan rumah tangga dia dengan isterinya Nagita Slavina semakin bahagia.

Tambahan pula, Nagita kini sedang hamil anak mereka yang kedua.

Raffi berkahwin dengan Nagita pada 2014 dan dikurniakan cahaya mata bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia lima tahun. – Agensi

Raffi mengaku nakal pada zaman remajanya. – Agensi