Raffi bimbang anak kandungan damit

Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, isteri kepada pelakon Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina meluahkan kebimbangan mengenai keadaan anak damit dalam kandungannya.

Menurut laporan Kompas, Nagita berkata doktor memaklumkan anak damit dalam kandungannya hanya seberat sekitar 2.4 kilogram di usia 35 minggu.

Bimbang mengenai hal itu, Raffi memaklumkan anak damit berkenaan tidak membesar kerana Nagita sering mengelak untuk makan.

“Makannya sikit, saya marah dia… tak mahu makan, macam nak berdiet untuk nampak cantik gitu, padahal tak payah (diet). Dia tak nak ambil makanan ada karbo… tak mahu makan nasi, nak kelihatan cantik sahaja. Orang hamil inikan cantiknya dalaman, ya bukan?” kata Raffi.

Sementara itu, Nagita pula mengakui tiada selera makan sejak hamil dan lebih suka mengambil buah-buahan dan daging.

“Bukan mahu diet, memang saya tak lalu nak banyak makan,” jawab Nagita.

Meskipun keadaan anak damit jauh berbeza dengan kehamilan anak sulung, Rafathar sebelum ini, namun doktor memaklumkan anak dalam kandungan sihat dan baik-baik sahaja.

Doktor bagaimanapun menyarankan supaya anak damit dilahirkan kelak mampu mencapai berat 3 kilogram. – Agensi

Raffi bimbang anak damit dalam kandungan isteri terlalu kecil. – Agensi