Ragbi dunia: tiada jaminan bagi Ngara Sanzaar

WELLINGTON, 15 APRIL – Timbalan pengerusi Ragbi Dunia, Agustin Pichot berkata negara-negara dari selatan sfera tidak boleh mengharapkan jaminan ketika penutupan koronavirus – dan memberi amaran bakal berdepan dengan kesukaran dalam kewangan jika salah sebuah pasukan mulai terjejas.

Media melaporkan terdapat kemungkinan bantuan kewangan untuk Ragbi Australia, yang sedang mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk dan mereka akan mengadakan perbincangan mengenai pembayaran gaji dengan wakil pemain pada minggu ini.

Tetapi Pichot, bekas pemain ragbi Argentina yang mencabar untuk jawatan pengerusi Ragbi Dunia, menafikan langkah tersebut dan berkata negara-negara lain berada dalam risiko jika satu kesatuan mula terjejas.

“Jika Australia terjejas, ia akan mengenai terus ke New Zealand dulu, kemudian akan melanda Afrika Selatan dan Argentina jadi semua akan terjejas, Tiada cara persendirian,” dia memberitahu Sky Sport NZ.

“Ini bukan mengenai Ragbi Dunia memberikan bantuan, tetapi kerana memang tiada bantuan diterima,” tambah Pichot, menganggarkan kerugian 400 juta pound jika pasukan selatan sfera tidak mampu beraksi tahun ini.

“Ragbi Dunia tidak mempunyai 400 juta pound…dan memberikan bantuan untuk kemasukan wang memberi beban, ia tidak akan memberikan penyelesaian kepada masalah bagi Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Argentina jika mereka tidak bermain sebarang perlawanan bagi keseluruhan tahun ini.”

Dengan kerisauan yang semakin memuncak, ketua badan selatan sfera SANZAAR telah mencadangkan supaya mengadakan secara serentak kejohanan kelab Super Ragbi dan percubaan Kejuaraan Ragbi apabila virus itu berakhir, untuk mengadakan seberapa banyak perlawanan yang mungkin.

Pichot turut mencadangkan untuk menambah masuk Fiji dan Jepun ke Kejuaraan Ragbi – yang pada masa ini melibatkan New Zealand, Australia, Afrika Selatan dan Argentina – untuk membantu mengembangkan lagi permainan dan meluaskan pasaran. – AFP