Ragbi New Zealand ‘berjuang untuk hidup’

WELLINGTON, 25 MAC – Ketua pegawai eksekutif Ragbi New Zealand, Mark Robinson berkata sukan itu ‘berjuang untuk hidup’ tatkala pertandingan di semua peringkat ditutup akibat pandemik COVID-19.

Robinson memberitahu mengenai penangguhan itu yang dia tidak boleh katakan bila ragbi profesional akan kembali di New Zealand, sama ada ia akan menjadi kejohanan Super Ragbi lima negara atau Piala Mitre 10 domestik.

Ragbi adalah sukan kebangsaan New Zealand dan All Blacks, pasukan lelaki kebangsaan adalah salah satu jenama yang paling dikenali di negara itu.

“Penggantungan berterusan terhadap semua pertandingan telah menguji ketahanan pasukan ragbi sepenuhnya,” kata Robinson.

“Kami berjuang untuk hidup dalam sukan di New Zealand terutama ragbi dan jika anda tidak dapat motivasi dengan cabaran itu dan peluang yang berada di luar maka kami tidak akan dapat motivasi itu,” kata Robinson.

Aksi para pemain New Zealand selepas mengalahkan Australia semasa perlawanan akhir di kejohanan ragbi di Vancouver, British Columbia, pada 8 Mac lalu. – AP

“Ia menimbulkan kegelisahan kepada kami di semua peringkat, dari kelab dan peringkat komuniti dan ke peringkat profesional kami.

“Kami hanya perlu mengambil sedikit masa untuk memahami maklumat yang perlu kami kumpulkan dan kami akan kembali bersedia diharapkan bermula kembali awal minggu depan untuk membuat beberapa keputusan dan memberi sedikit arahan dan kepastian kepada orang ramai.”

Robinson berkata beliau telah mengambil bahagian dalam persidangan dengan World Rugby tetapi tidak dapat mengatakan sama ada perlawanan Julai ini akan berlaku atau tidak.

World Rugby adalah dalam mod yang sama dengan apa yang kita semua hadapi masa ini, cuba memahami pelbagai senario yang berbeza,” katanya.

“Kerja-kerja banyak dibuat di latar belakang.” Rugby New Zealand telah menunjukkan bahawa ia mungkin terpaksa memanggil bantuan kerajaan sekiranya penutupan itu berterusan dan seterusnya menimbulkan masalah kewangannya.

Organisasi telah mengambil langkah untuk memotong perbelanjaan tetapi belum untuk memotong gaji para pemain teratas. – AP