Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Rahm catat permulaan cemerlang

    MADRID, 7 OKT – Jon Rahm bermula dengan aksi cemerlang untuk memburu kejuaraan Terbuka Sepanyol buat kali ketiga selepas mencatat tujuh di bawah par 64 di pusingan pembukaan, meninggalkan pemain pilihan tuan rumah itu hanya ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu.

    Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang muncul juara di kejohanan berkenaan pada 2018 dan 2019, berharap menjadi juara buat kali ketiga kejohanan berkenaan sejak ia dilakukan Seve Ballesteros 27 tahun lalu.

    “Ia akan menjadi sangat luar biasa. Beliau sentiasa menjadi rujukan di Sepanyol. Beliau menjadikan sukan golf sangat terkenal di negara ini.

    “Beliau mengubah golf di seluruh dunia namun di sini beliau sangat istimewa. Jadi setiap kali awda mempunyai peluang untuk meletakkan nama awda dalam senarai yang hanya ada Seve di era Jelajah Eropah, ia akan menjadi istimewa.

    “Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara itu namun ia akan berlaku seperti impian menjadi kenyataan, ia merupakan satu penghormatan,” katanya.

    Dia menamatkan hari pertama de-ngan hanya satu pukulan di belakang wakil Thailand, Kiradech Aphibarnrat, Darius van Driel dari Belanda dan Wu Ashun (China). – AFP

    Gambar fail bertarikh 26 Ogos 2022 menunjukkan aksi Jon Rahm melepaskan pukulan di lubang ketiga semasa kejohanan golf di Kelab Golf East Lake di Atlanta. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...