Rahm intai tempat pertama PGA memorial

WASHINGTON, 19 JULAI – Jon Rahm, mengejar ranking nombor satu dunia, melakukan empat pukulan dari enam lubang terakhir untuk mendahului kedudukan selepas pusingan ketiga kejohanan PGA Memorial AS kelmarin.

Pemain Sepanyol berusia 25 tahun itu melakukan pukulan birdie empat lubang berturut-turut bermula di lubang 13, sementara Tony Finau tersungkur di lubang kesembilan, untuk mendahului perlawanan selepas 54 lubang di Muirfield Village di Dublin, Ohio.

Rahm, kali terakhir memenangi perlawanan pada final musim Jelajah Eropah pada November lalu di Dubai.

Rahm boleh mengatasi Rory McIlroy dan meraih ranking nombor satu dunia untuk pertama kalinya pada Ahad ini dengan memenangi 54 lubang untuk kemenangan buat pertama kalinya atau menduduki tempat kedua.

Dengan kemenangan itu, Rahm memerlukan McIlroy untuk berakhir lebih teruk daripada kedudukan kedua.

Jon Rahm dari Sepanyol beraksi di lubang ke-18 semasa pusingan ketiga kejohanan Memorial kelmarin di Muirfield Village Golf Club di Dublin, Ohio. – AFP4

Sekiranya Rahm sendirian di tangga kedua, dia memerlukan McIlroy di luar 30 teratas dan Justin Thomas untuk tidak menang.

“Perkara nombor satu paling utama adalah tiada yang istimewa. Komitmen 100 peratus untuk setiap pukulan yang saya lakukan. Itulah yang perlu saya terus lakukan.

“Sekiranya saya melakukannya, saya akan berada dalam keadaan baik esok,” kata Rahm.

“Jika permainan pendek saya adalah hebat esok, saya dapat mengekalkannya untuk menjadikannya lancar sehingga ke lubang 18.”

Acara yang dianjurkan oleh Jack Nicklaus adalah kejohanan keenam sejak Jelajah PGA AS disambung semula setelah tiga bulan ditutup kerana wabak COVID-19, semua acara dimainkan tanpa penonton.

Finau dan Palmer berkongsi pendahuluan 36 lubang di bawah 9, satu di hadapan Rahm. – AFP