Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Rahm sedia untuk Terbuka PGA Phoenix

    LOS ANGELES, 10 FEB – Kedudukan teratas Jon Rahm adalah antara pilihan di Terbuka PGA Phoenix minggu ini dan juara bertahan Terbuka AS itu berkata cuti akhir tahun menyegarkan dirinya dan lebih banyak lagi mungkin akan datang.

    Rahm, yang menamatkan saingan dalam kelompok lapan terbaik dalam semua empat kejohanan utama tahun lalu, merupakan naib juara Kejohanan Juara bulan lalu di Hawaii dan tempat ketiga dua minggu lalu di Torrey Pines, di mana dia merangkul kejuaraan major pertamanya pada Jun lalu.

    Pemain Sepanyol itu berehat selama dua setengah bulan pada penghujung tahun lalu dan kini telah menghidupkan semula permainannya menjelang permulaannya di TPC Scottsdale.

    “Salah satu keputusan terbaik yang saya buat dalam hidup saya ialah mengambil cuti selama dua setengah bulan itu,” kata Rahm. “Saya tidak akan terkejut jika ia adalah sesuatu yang saya lakukan lebih kerap.

    “Untuk mempunyai sedikit masa berada di rumah dan menikmati masa cuti adalah bagus.

    “Ini mungkin salah satu sebab me-ngapa saya mula bermain dengan begitu baik,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...