Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Rahmad mega dinobat terpaling juara

    Penyanyi otai, Rahmad Mega dinobatkan sebagai Terpaling Juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi.

    Tempat kedua dimenangi Aqmal, Hazami di tempat ketiga, manakala Shaz hanya berpuas hati menyandang tempat keempat.

    Pada konsert akhir berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam kelmarin, Rahmad membawakan dua lagu, Ku Akui nyanyian asal Hafiz Suip dan duet bersama kapten, Hael Husaini menerusi lagu Di Penjara Janji.

    Aqmal yang bergelar naib juara membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi dan Hazami menerima hadiah bernilai RM30,000 berserta trofi.

    Sementara itu, Shaz anak didik kepada Hael yang mengisi tempat keempat membawa pulang wang hadiah berupa wang tunai RM10,000.

    Rahmad Mega melakar kejayaan besar apabila diangkat sebagai juara menerusi program
    realiti, Terpaling Juara. – Agensi

    Rahmad berkata, dia terharu dan berterima kasih atas kejayaannya malam kelmarin.

    “Syukur kepada Allah atas malam yang cukup bahagia ini. Saya sudah mencipta titik baharu dalam kerjaya.

    “Terima kasih kepada juri juga sering memberi teguran sepanjang saya berada program ini,” katanya yang turut menyampaikan lagunya Takdir dan Waktu.

    Dalam pada itu, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff selaku juri tetap, manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza pula sebagai juri jemputan.

    Pada pentas akhir tersebut, penonton dihiburkan dengan persembahan Floor 88 dengan lagu medley Chikadun dan Hutang serta Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Wajah Kekasih, Ku Milikmu dan Balqis.

    Program Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir. –Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...