Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rahmah bawa pulang baucar $3,000

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Dayang Rahmah binti Haji Jimin tidak menyangka kotak yang telah dipilih membawa tuah kepadanya apabila memenangi baucar membeli-belah bernilai $3,000 dalam cabutan bertuah bagi Promosi Ulang Tahun NBT ke-50 tahun, yang berlangsung di Dewan The Manggis Mall, Manggis, hari ini.

    Dayang Rahmah dan juga suaminya, Awang Mohd Shafiee bin Abdullah yang berasal dari Kampung Pandan, Kuala Belait melahirkan rasa gembira dan berkata tuahnya itu memang tidak disangkakan kerana ia merupakan kemenangan yang terindah.

    Beliau telah membeli kereta Toyota Vios 1.5 Auto pada Februari lalu dan berkata dengan rezeki yang tidak dijangka-jangka itu, beliau akan dapat menggunakannya untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

    Dayang Rahmah juga melahirkan perasaan gembira dan setinggi-tinggi terima kasih dan mengucapkan selamat ulang tahun ke-50 kepada NBT Toyota.

    Pada majlis itu, hadiah ditempat kedua berupa baucar membeli-belah bernilai $2,700 dimenangi oleh Awang Muhd Akmal Wafiuddin bin Nordin dan hadiah ketiga berupa baucar membeli-belah bernilai $2,500 menjadi milik Hajah Norhafizah binti Haji Muhd Bokhari.

    Dayang Rahmah ketika bergambar bersama keluarganya.
    Dayang Rahmah ketika bergambar bersama keluarganya.

    Cabutan bertuah itu juga menyaksikan 50 orang pelanggan bertuah yang lain membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti baucar membeli-belah, barangan elektronik, telefon bimbit, gajet elektronik, basikal dan juga kamera.

    Hadir di majlis itu ialah Pengurus Besar Baiduri Finance Bhd, Haji Haliluddin bin Dato Haji Talib; Pengurus Jualan Baiduri Finance Bhd, Haji Muhd Ali bin Begawan Mudim Haji Metussin; Pengarah Urusan BIBD AT-Tamwil Bhd, Awang Irwan bin Lamit; Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD AT-Tamwil Bhd, Awang Mohd Firdaus bin Haji Mokim; Pengurus Besar Takaful Brunei Am, Awang Barudin bin Haji Kudil; dan Pemangku Timbalan Pengurus Besar Takaful Brunei Am, Haji Roslan bin Haji Mohd Tahir.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin dan Pengurus Besar Kanan NBT (Sales), Leong Cheng Soon.

    Promosi ulang tahun berkenaan telah pun dibukakan kepada para pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kereta Toyota mereka bermula 1 Januari sehingga 30 Mac yang lalu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda